Cari Blog Ini

Selasa, 18 Jun 2019

Mengenali Fungsi Butang dan Bangunan (Penempatan raksaksa, Mata air, menara mistik dan pusat senaman/latihan)


Ini merupakan tempat simpanan raksaksa, bangunan ni hanya boleh di bina selepas skirmish 8 di musnahkan. Semak di sini.

Menara ni untuk menggabungkan anima yang di perolehi dari mata air untuk dijadikan raksaksa ataupun serpihan raksaksa ataupun batu raksaksa. *apa yang bakal di perolehi selepas penggabungan adalah secara rawak


Ini mata air yang mengeluarkan anima yang nanti bakal dijadikan raksaksa di menara mistik


Pusat senaman raksaksa ini berfungsi untuk menaikkan tahap raksaksa yang anda miliki. Menaikkan tahap raksaksa menggunakan runes/batu raksaksa adalah tidak di galakkan oleh saya secara peribadi, ini kerana untuk mengubah raksaksa dari bayi kepada dewasa memerlukan runes yang banyak.


Isnin, 3 September 2018

Mengenali Fungsi Butang dan Bangunan (Peti Harta Karun)




Peti Harta Karun@Treasure Trove

Untuk mereka yang merupakan pemain f2p, binaan ini penting untuk mendapatkan gem. Di sini pelaburan gem boleh di lakukan. Pelaburan minima adalah 10,000 gem. Tempoh untuk pelaburan ini matang adala 7 hari, 14 hari dan 30 hari.



Untuk menambah jumlah simpanan di peti harta karun ini, kalian boleh melakukan penyelidikan di bahagian ekonomi. Serta beberapa bahagian lain dalam penyelidikan.








Jumaat, 31 Ogos 2018

Mengenali Fungsi Butang dan Bangunan (Kapal Kargo, Makmal Pengubahan Unsur, Penjara & Altar)



Kapal Barang
Di kapal ini kalian boleh menukar sumber dengan barangan tertentu yang di tawarkan setiap 6 jam.


Kekadang, selepas kalian menukar sumber dengan barangan tertentu, kalian akan dapati satu lagi pilihan akan keluar dengan nama Captain's Special. Tapi untuk pilihan kali ini kalian perlu membeli dengan duit kalian, sekiranya kalian f2p (free to play) gamers, abaikan saja pilihan ini.



Makmal Pengubahan Unsur
Makmal ini mula teraktif dengan sendirinya setelah kalian menyertai perhimpunan menyerang sarang kegelapan/darkness. Setelah kalian menyerang darkness kalian akan peroleh inti pati dari darkness tersebut.


Ini adalah antara beberapa bentuk inti pati yang akan kalian perolehi dari darkness.
Ini pula antara barangan yang kalian akan dapati selepas intipati tersebut di proses.


Penjara
Rasanya semua orang tahu apa itu fungsi penjara. Kalian boleh menawan leader musuh sekiranya kalian mempunyai penjara. Sekiranya istana musuh berapada pada tahap 17 dan keatas, kalian akan mempunyai kelebihan untuk membunuh leader yang di tawan. Sekiranya kalian mempunyai altar, kalian akan mendapatkan galakan untuk tentera kalian dalam peperangan dengan membunuh leader yang di tawan.


Altar
Thanks to YuDzaI21 untuk image Altar (kanan)
Ini adalah altar yang kalian perlukan untuk membunuh leader musuh yang kalian tawan.


Inilah penggalakkan tentera yang saya maksudkan bila kalian membunuh leader yang di tawan.







Rabu, 29 Ogos 2018

Mengenali Fungsi Butang dan Bangunan (Batle Hall/Dewan Perang, Kedutaan, Kolozium)




Dewan Perang
Dewan ini sangat penting sekiranya kalian ingin mengadakan perhimpunan menyerang sarang kegelapan dan juga musuh.

Untuk menyerang sarang kegelapan, perhimpunan adalah wajib dan kalian mesti mempunyai dewan perang yang boleh memuatkan tentera rakan sepersatuan untuk menyerangnya.

Kedutaan
Bangunan kedutaan ini pula penting untuk menempatkan  tentera pertahanan dari pasukan rakan sepersatuan yang ingin membantu mempertahankan tapak istana kalian dari serangan musuh.

Pusat Perdagangan
Antara binaan yang penting juga, dengan adanya bangunan ini, kalian boleh membantu rakan kalian yang memerlukan sumber dengan menghantar sumber tersebut kepada mereka. Tanpa pusat perdagangan, kalian tidak boleh menghantar sumber kalian kepada mana2 rakan sepersatuan yang memerlukan sumber tersebut.

Kolozium
Dalam kolozium ini kalian akan berlawan menentang pemain LM yang lain untuk mendapatkan kedudukan terbaik.

Mereka yang mendapat kedudukan 1-4999 akan mendapat sejumlah gem sebagai hadiah. Semakin baik kedudukan kalian dalam colo, semakin banyak gem yang akan kalian dapati. Apa yang kalian perlu lakukan hanya pilih hero yang sesuai dan letakkan di posisi pertahanan. Sekiranya kalian di cabar, hero2 pertahanan ini akan mempertahankan kedudukan kalian dalam colo. seterusnya, petik butang cabaran dan kalian akan di minta untuk memilih hero bagi tujuan mencabar lawan tersebut. Ingat, tiap hero yang kalian miliki, punyai kelebihan masing2. Pilih hero yang sesuai yang menjadi kelemahan hero musuh untuk menentang.
Selamat Berjaya.