Acara kvk, tiada syarat tahap istana, semua orang boleh sertainya. Untuk sertai kvk, mulasekali kalian harus click pada icon event seperti di atas.
Kemudian kalian akan di bawa ke tetingkap baru seperti gambar di atas ini. Apa yang harus kalian lakukan seterusnya adalah dengan menekan pada icon kingdom lawan pada tetingkap baru ini. Dari sini anda akan di bawa ke tetingkap baru.
Tetingkap di atas menunjukkan kingdom lawan dengan icon peta kecil dan anak panah merah. Klik pada icon tersenut dan kalian akan di beri arahan untuk berpindah ke kingdom lawan. Dalam acara kvk tiada migration scroll di perlukan. Kalian akan berada selama 4 jam di kingdom lawan untuk melakukan beberapa aktiviti. Selepas tamat tempoh 4 jam kalian akan di kembalikan ke kingdom kalian. Kalian boleh kembali ke kingdom lawan sepanjang masa kvk sekiranya tugasan kalian belum selesai.
Untuk memulakan aktiviti kalian di kingdom lawan, pastikan beberapa perkara ini ada di dalam bag kalian.
Gather Boost/Galakkan Pengumpulan adalah perlu untuk mempercepatkan proses pengumpulan sumber semasa di kingdom lawan.
Jika tiada kalian boleh membelinya dengan menggunakan GC atau gems.
Gambar di bawah adalah contoh jumlah mata ganjaran yang perlu kalian cari untuk guild dan untuk diri sendiri.
Di bawah ini adalah antara beberapa acara yang boleh kalian sertai.
Huni dongeng, hanya mampu di lakukan oleh mereka yang punya tentera tahap 4.
Bunuh askar/hapuskan perangkap dari kerajaan lawan? kalau kalian temui castle yang setanding dengan castle kalian silakan. Tapi hati2, pengawal kerajaan lawan mungkin akan memburu kalian.
Buru raksaksa kerajaan saingan, adalah tugasan paling senang buat kalian. Kerana aktiviti ini kalian lakukan pada setiap hari.
Kumpul sumber kerajaan saingan. Ini adalah aktiviti paling senang tapi memerlukan 100% komitmen kerana semasa melakukan aktiviti ini, pihak lawan akan cuba menyerang dan membunuh tentera kalian yang sedang mengumpul sumber. Sebelum melakukan aktiviti mengumpul sumber, Galakkan Pengumpulan harus di aktifkkan. Kalau kalian punyai kelengkapan hero untuk menggalakkan pengumpulan sumber sepeti gambar di bawah adalah lebih bagus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan