Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label syiling. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label syiling. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Ogos 2018

Mengenali Fungsi Butang dan Bangunan (Palang Menu)




Kalian Boleh temui Palang Menu seperti di bawah ini di bahagian bawah skrin telefon kalian.


Butang persatuan adalah tempat di mana kalian boleh lihat maklumat tentang persatuan yang kalian sertai. Seperti contoh di bawah.

Pada tetingkap persatuan ini juga terdapat beberapa lagi butang lain yang perlu kalian kenali. Akan di terangkan di sini.

Butang surat ini amat penting untuk mendapatkan maklumat dari rakan sepersatuan tentang sesuatu yang kalian perlu tahu dan mereka ingin sampaikan. Surat dari ketua persatuan dan R4, WAJIB di BACA kerana mereka ini sering menyampaikan maklumat tentang acara dan peraturan persatuan yang telah di tetapkan. 

Butang pencarian ini di mana kalian boleh melakukan pencarian dan mendapat pulangan yang agak baik berbentuk sumber dan kadang2 bahan untuk membuat kelengkapan hero. Dapat juga di perolehi Syiling persatuan di sini.

Pada butang penetapan kalian boleh menetapkan cara pemberitahuan tentang perkembangan yang sedang berlaku di dalam tapak dan juga sekiranya kalian menerima surat dari sesiapa sahaja, ini termasuk amaran tentang kedatangan musuh ke arah tapak kalian.


Beg, semua orang tahu, dalam beg tempat untuk menyimpan barangan sepanjang perjalanan atau pengembaraan. Lihat dalam beg kalian apa yang ada di situ?(^.^)

Hero/Pahlawan@Wira, di sini tersenarai hero2 yang telah dan belum kalian miliki. Senarai belum di miliki hanya tertakluk pada hero yang kalian boleh miliki secara percuma sahaja ya. 

Senarai Hero yang telah di miliki. Maaf, The Big Guy bukan hero free, tapi beli.
Hero yang belum di miliki.










Mengenali Fungsi Butang dan Bangunan (Bantuan, Peti Misteri & Peta)





Butang2 di sini boleh di lihat di sebelah kanan skrin telefon kalian.

Butang Bantuan

Dengan menekan pada butang ini kalian dapat membantu rakan sepersatuan kalian menjalankan pembinaan dan penyelidikan. 
Syiling Persatuan
Sebagai balasan kalian akan di berikan sejumlah syiling persatuan. Syiling ini kalian boleh gunakannya di Kedai Persatuan.


Peti Misteri

Peti Misteri ini akan memberikan kalian barangan secara rawak mengikut masa yang di tetapkan. Setiap kali peti ini di buka dan kalian mendapat barangan kalian, masa untuk membukanya akan di tetapkan semula.

Butang Penggalak Tapak Istana
Butang Galakan tapak ini boleh kalian klik untuk melakukan penggalakkan pada ladang, lombong dan kilang yang ada dalam tapak kalian. Di sini juga kalian boleh memasang perisai untuk melindungi tapak kalian dari serangan musuh.


Butang Penggalak Saka


Butang Penggalak Saka ini hanya akan muncul selepas kalian memiliki saka yang mempunyai kemahiran penggalak yang perlu di aktifkan secara manual.

Peta

Butang Peta ini anda boleh jumpa di sudut bawah sebelah kiri skrin telefon kalian. Bila kalian menekan butang ini, kalian akan di bawa keluar dari tapak kalian.


Ini adalah pemandangan di luar tapak kalian.