Guild Bash Event / Acara Sambutan Persatuan terdapat 4 acara yang boleh kalian pilih untuk sertai dan mendapatkan point. Untuk acara ini, sesiapa yang tidak ada sebarang point tidak akan mendapat sebarang hadiah.
Seperti yang kalian nampak, terdapat 3 peringkat mata ganjaran untuk di kumpul. Setiap peringkat membolehkan Ketua Persatuan(R5) atau Pembantu Ketua Persatuan(R4) menyeru satu raksaksa untuk di bunuh beramai-ramai bersama ahli persatuan. Selepas di bunuh, barulah setiap ahli yang mempunyai point akan mendapat hadiah dari pembunuhan raksaksa itu.
Ini adalah raksaksa untuk persatuan untuk kali ini. Setiap kali acara Guild Bash, raksaksa berbeza akan di berikan.
Ini hadiah yang bakal di miliki oleh setiap ahli, dan kandungan hadiah adalah rawak.
Antara cara untuk mengumpul mata ganjaran adalah dengan menyelesaikan Hell Event.
Cara kedua adalah melalui darknest atau sarang kegelapan. Jumlah mata ganjaran yang boleh di kumpul adalah mengikut tahap darkness itu sendiri. Dan jumlah serangan yang boleh di lakukan adalah terhad. Seperti yang tertera pada gambar di atas.
Selain Itu, melalui donation box/kotak derma. Cara ini paling senang untuk mengumpul mata ganjaran selain dari memburu raksaksa. Tapi hati2 jangan sampai terderma barang yang hanya boleh di miliki dengan membeli menggunakan gems.
Cara terakhir dan paling senang.... memburu raksaksa, aktiviti harian yang kalian lakukan setiap kali bermain LM. Acara ini merupakan serampang dua mata. Selain dapat kumpul mata ganjaran untuk Guild Bash, acara ini memberikan Hadiah Persatuan untuk menaikkan lagi tahap Hadiah Persatuan
Dalam acara Guild Bash, tak ada point, tak dapat hadiah. Jadi dalam acara ini, tak ada sesiapa yang untung dan tak ada sesiapa yang rugi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan