Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label tentera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tentera. Papar semua catatan

Ahad, 26 Ogos 2018

Mengenali Fungsi Butang dan Bangunan (Hospital, Manor, Menara Pemerhati & Tembok)




Hospital
Infirmary/Hospital, bangunan ini penting untuk merawat tentera yang tercedera semasa peperangan. Tetapi sekiranya, ruang di dalam hospital kecil dan jumlah tentera adalah ramai, tentera akan mati sekiranya sekiranya di serang atau menyerang. Jadi harus di pastikan, ruang dalam hospital cukup untuk menampung jumlah tentera yang ramai. Untuk menambah jumlah yang mampu di tampung oleh hospital, kalian boleh naikkan tahap hospital, menambah jumlahnya dan juga melakukan penyelidikan berkaitan.

Manor
Manor/Rumah, bangunan ini berkongsi tapak pembinaan dengan hospital dan mempunyai kesan berbeza ke atas tapak kalian. Manor boleh menyingkatkan masa latihan tentera kalian. Semakin banyak dan semakin tinggi tahap manor, semakin pendek masa kalian perlukan untuk melatih tentera. Selain itu, manor juga merupakan bangunan pengeluar emas.

Menara Pemerhati

Watchtower/Menara Pemerhati, binaan ini berfungsi untuk mendapatkan maklumat tentang tentera musuh yang menuju ke arah tapak kalian. Juga maklumat tentang tentera  rakan sepasukan yang sedang menuju ke arah tapak kalian. Semakin tinggi tahap menara ini, di tambah pula dengan penyelidikan, semakin banyak pula maklumat yang bakal kalian perolehi. 

Tembok Istana
Castle Wall/ Tembok Istana, inilah pertahanan pertama kalian sekiranya di serang. Di tembok ini, kalian boleh meletakkan hero kalian untuk mempertahankan tembok dan menghalang musuh dari memasuki kawasan tapak kalian. Hero yang seeloknya di letak di sini adalah, hero yang mempunyai pertahanan tembok dan perangkap.





Mengenali Fungsi Butang dan Bangunan (Berek)




Berek
Barracks/Berek, rasanya semua orang tahu apa fungsi berek. Ya, berek adalah tempat tinggal tentera/troop. Juga tempat untuk melatih tentera kalian.
Terdapat beberapa jenis tentera yang boleh kalian latih berdasarkan keperluan dan tahap istana kalian.


Di atas, gambar beberapa jenis tentera yang boleh di latih. Sekiranya kalian sudah punya tentera peringkat ke-3, tentera peringkat pertama harus di kekalkan untuk mengumpul sumber, ini kerana, sering terjadi serangan di tempat mengumpul sumber.


Carta di atas pula adalah carta kelemahan dan kekuatan tentera yang bakal kalian gunakan dalam serangan. Tentera berperisai kuat menentang tentera berpanah tapi lemah menentang tentera berkuda. Tentera berkuda pula, kuat menentang tentera berperisai tapi lemah menentang tentera berpanah. Manakala tentera berpanah kuat menentang tentera berkuda tetapi lemah menentang tentera berperisai.
Akan tetapi, semua tentera tersebut mampu menentang tentera berjentera. Sementara tentera berjentera pula mempunyai kelebihan untuk memecahkan tembok lawan.
Selain melatih tentera, kalian juga boleh memecat tentera kalian di berek ini.


Apa yang kalian perlu lakukan, hanya tekan pada butang Dismiss. Kemudian nyatakan jumlah tentera yang kalian ingin pecat.