Guild Fest/Festival Persatuan/Pesta Persatuan.
Pada pandangan saya, acara GF adalah acara paling senang untuk di sertai oleh semua ahli persatuan yang mempunya istana tahap 15 dan keatas. Ianya juga adalah acara terpenting untuk memupuk semangat setia kawan dan kerjasama sepasukan yang di perlukan dalam permainan ini.
Rasanya dalam acara yang satu ini, masih ramai ahli HBM yang tetap dan masih tak puas hati dengan target point yang di tetapkan oleh leader (sapa la leader yang kejam tu yer?) :-D
Tapi perlu kalian tahu, dalam acara ini, kedudukan persatuan dalam katagori yang di tetapkan amat penting untuk mendapatkan hadiah yang kalian bakal miliki. Makin tinggi kedudukan persatuan, makin bagus hadiah yang bakal di miliki. Jadi, tak hairan bila mana semua leader guild yang mementingkan ahli yang aktif menetapkan mata ganjaran yang tinggi pada setiap ahli dan denda yang berat bagi ahli yang gagal mencapai mata ganjaran yang di tetapkan.
Tidak sukar untuk melakukan dan menyelesaikan tugasan-tugasan yang di sediakan untuk setiap persatuan. Cuma petik pada tugasan yang ingin di lakukan dan selesaikan dalam masa yang telah di tetapkan.
Tapi, berhati-hati dalam memilih tugasan yang ingin kalian selesaikan. Terkadang ada misi yang kelihatan sama, tapi sebenarnya ada perbezaan besar dalam cara penyelesaiannya.
Tugasan darkness...
Dalam misi darkness terdapat beberapa perbezaan yang agak ketara dan ada tugasan yang berbezaannya kurang jelas melainkan kalian perhatikan arahan yg di berikan.
1- Dapatkan intipati
2- Dapatkan intipati tahap tertentu, contohnya, intipati tahap 25.
3- Menangi serangan menentang darkness sebagai kapten.
Tugasan mengumpul sumber...
Tugasan mengumpul sumber adalah teramat senang dan kalian tidak perlu menunggu untuk menyelesaikan tugasan ini tapi kalian perlu berhati-hati bila mengambil tugasan ini kerana terdapat tugasan mencari sumber tahap 5 yang mana tugasan ini mungkin tidak dapat di jalankan kerana undang-undang yang di tetapkan oleh Maharaja Kerajaan Kordono (K366) yang melarang sesiapa juga memungut sumber tahap 5 sepanjang masa GF berlangsung kecuali 3 persatuan di kedudukan teratas dalam acara KvK.
Tugasan memberi bantuan pada rakan sepersatuan
Tugasan paling senang untuk di selesaikan, kalian cuma perlu minta pertolongan pada rakan sepersatuan untuk membantu kalian spam bantuan pembinaan.
**Tips spam help,
1- hanya lakukan pada pembinaan ladang gandum/sawah padi tahap serendah tahap 7.
2- jangan gunakan percepatan pembinaan, sekadar bina, minta bantuan, setelah di bantu, batalkan pembinaan. Ulangi proses yang sama sehingga rakan sepasukan kalian dapat jumlah bantuan yang di perlukan untuk menyelesaikan misi.
Tugasan membelanjakan syiling persatuan
Tugasan yang paling berisiko melakukan kesilapan dalam perjalanan hidup dalam LM (huhuhu...)
Antara membelanjakan 500,000 syiling persatuan dan membelanjakan 1,000,000 syiling persatuan, mata ganjarannya tidak jauh berbeza dan tapi penggunaan syiling persatuan yang amat jauh berbeza. 101 mata ganjaran untuk 500,000 syiling persatuan dan 138 mata ganjaran untuk 1,000,000 syiling persatuan. (Dan dalam keadaan tertentu kalian perlukan migration scrool yang berharga 810,000 syiling persatuan.) selesaikan misi dengan bijak ya kawan2.
Misi Pencarian Pentadbiran dan Pencarian Persatuan
Pencarian Pentadbiran
Pencarian Persatuan
Tugasan paling mudah, senang dan tak mencabar. Tugasan untuk mereka yang malas fikir banyak.
Kalian cuma perlu buka scroll pencarian persatuan yang anda boleh dapati dari hadiah acara GF, atau kalian beli dari tugasan membelanjakan syiling persatuan setelah kalian membeli scroll pemindahan antara kingdom, (ada baki lagi 190,000 untuk di belanjakan bagi menggenapkan 1,000,000 syiling persatuan dan dapat 138 mata ganjaran, kan?) Dari sini kalian dapat menjana kembali sedikit dari syiling persatuan yang telah kalian gunakan.
*ingat, bermain dengan bijak walaupun ternyata kalian malas. :-D
Misi membelanjakan Gem/Permata
Tugasan membelanjakan gem adalah antara tugasan yang sukar di lakukan tapi sekiranya kalian mampu mengumpul gem yang banyak sebelum GF berlangsung, misi ini akan memberikan point yang tinggi untuk anda. Bagaimana mahu kumpulkan gems? Lihat di sini.
Tugasan mengurangkan masa menggunakan percepatan masa
Percepatan penyelidikan dan merging tidak dikira untuk tugasan ini
percepatan pembinaan dan penyelidikan tidak di kira.
Pukul raksaksa, selesaikan acara solo atau neraka, buka hadiah persatuan, perlawanan dalam hero stage/Peringkat hero (tugu kuning tu la) kalian akan dapat scroll percepatan masa. kumpul dengan banyak dan boleh di gunakan dalam misi ini. Bagi yang bijak merancang, misi ini di gunakan untuk menyelesaikan acara neraka dan mendapatkan hero hadiah dari acara neraka dan cabaran 24 jam. Tapi sila berhati2 di sini dan perhatikan percepatan yang di kehendaki.
Tugasan Pertukaran di Kapal Kargo
Tugasan pertukaran di kapal kargo adalah tugasan yang agak sukar kerana memerlukan komitmen masa yang ketat tapi memberikan mata ganjaran yang tinggi iaitu 146 mata. Sekiranya kalian ambil tugasan ini dan kekurangan sumber, sila buat muka tak malu dan minta sumber dari rakan2 lain atau bank, kerana kalian tidak di sarankan membuka sumber dalam simpanan untuk tujuan ini.
Tugasan Lengkapkan fasa 3 acara solo
Kalian pemain F2P? Tugasan lengkapkan acara solo adalah lebih mudah dan selesa di selesaikan oleh pemain F2P. Cuma lengkapkan 8 fasa 3 acara solo dan kalian boleh menikmati mata ganjaran sebanyak 147 mata.
Tugasan membuka peti misteri
Tugasan yang mudah tapi juga memerlukan komitmen masa yang teramat tinggi. Sesuai di Ambil sekiranya kalian sedang bercuti, bujang, atau pencen. kalian cuma perlu membuka peti misteri dalam jumlah yang di tetapkan dan kalian bakal mendapat 139. mata ganjaran.
Tugasan Guna Kebolehan Serangan Saka
Sekiranya kalian mempunyai si Pyris
Kalian boleh mengambil task ini dan menyerang mana-mana istana yang kalian teringin serang. Jangan risau, walau pun kalian menyerang castle lain dalam keadaan berperisai menggunakan pyris, kalian tidak akan kehilangan perisai kalian.
Tugasan Sembuhkan Tentera Yang tercedera
Oleh kerana GF berlangsung sebaik selepas KvK, peluang untuk kalian menjalankan tugasan ini dengan sempurna amat tinggi. Tapi ingat, jgn ambil tugasan ini melainkan kalian miliki percepatan penyembuhan tentera dalam jumlah yang banyak.
Tugasan Lengkapkan Fasa 3 Acara Neraka
Mata ganjaran yang tinggi kan? Jangan cepat tergoda dengan mata ganjaran sehebat ini kalau simpanan scroll percepatan masa kalian tidak sehebat mata ganjaran yang di tawarkan dan poket kalian juga tak setebal kamus dewan edisi terkini.
Tugasan Membeli Set Istimewa
Kalian pemain P2P? Tugasan ini sesuai untuk kalian. Beli 10 set tawaran jualan di Kedai LM dan kalian sudah siapkan 1 tugasan GF.
Tugasan Tingkatkan Kekuatan (Pencarian)
Tugasan yang agak senang, selepas setiap penyelidikan atau pembinaan yang di lakukan kalian akan mendapat ganjaran Pencarian Tapak/Turf Quest. Kalau rajin, kalian boleh buat pencarian yang di tetapkan dan terus submit. Cara saya, selepas setiap pembinaan atau penyelidikan, saya tak akan terus submit dan tebus ganjaran sebaliknya saya akan kumpul dan submit setelah mengambil tugasan ini sewaktu GF.
Tugasan Menyelesaikan Tahap Wira
Kumpulkan breaveheart (item bentuk hati tu la), gunakan setelah mengambil task ini. Kalau ada banyak lagi bagus, boleh masuk dalam tahap Elit dan dapatkan Lencana Hero. Paling tidak, masuk tahap biasa dan dapatkan piala untuk menaikkan kedudukan hero.
Misi Capai Kedudukan 70 teratas dalam acara solo dan acara neraka
Kalian pasti tergoda dengan mata ganjaran yang bakal di perolehi sekiranya berjaya selesaikan tugasan ni, kan? Teruskan kalau kalian cukup gila untuk melakukakannya dan poket kalian lebih tebal dari kamus dewan.
Tugasan Memukul raksaksa
Kalian ada banyak tenaga tersimpan di dalam beg? kalian boleh ambil tugasan ini tanpa was-was. Tapi sekiranya bersama dengan acara GF berlangsung, acara setiap sumber juga berlangsung, merupakan satu kelebihan buat kalian untuk menjalankan tugasan ini. Sebab, semasa acara setiap sumber berjalan, raksaksa sumber akan keluar setiap 3 jam dan hanya satu tenaga di perlukan untuk memukul satu raksaksa sumber.
Tugasan Menggunakan Serpihan Saka
Tugasan ini memerlukan banyak serpihan yang di perolehi dari menara mistik. Cuma gunakan serpihan ini untuk menaikkan tahap kebolehan saka kalian.
Tugasan Membuat Batu Kemahiran/Kebolehan
Untuk membuat Batu ini kalian perlu menggunakan gems sebanyak 9k/9,000. Pilihan di tangan kalian, gems untuk sheild atau gems untuk tugasan yang ini. Kalau kalian ada banyak gems, silakan.
Tugasa Yang Kalian WAJIB Elakkan Dari Mengambilnya
Tugasan yang WAJIB kalian elakkan adalah:-
- tugasan dengan mata ganjaran 100 dan kebawah.
- tugasan yang kalian tidak yakin mampu lakukan dan selesaikan.
- Tugasan yang tempoh masa yang di berikan adalah pendek dan kalian sedang sibuk dengan tugasan harian kalian.
- Tugasan yang memerlukan komitmen masa yang ketat dan kalian tahu kalian tak mampu lakukan. (Just leave those stupid task alone, let others take it.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan