Cari Blog Ini

Memaparkan catatan dengan label gem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gem. Papar semua catatan

Isnin, 3 September 2018

Mengenali Fungsi Butang dan Bangunan (Peti Harta Karun)




Peti Harta Karun@Treasure Trove

Untuk mereka yang merupakan pemain f2p, binaan ini penting untuk mendapatkan gem. Di sini pelaburan gem boleh di lakukan. Pelaburan minima adalah 10,000 gem. Tempoh untuk pelaburan ini matang adala 7 hari, 14 hari dan 30 hari.



Untuk menambah jumlah simpanan di peti harta karun ini, kalian boleh melakukan penyelidikan di bahagian ekonomi. Serta beberapa bahagian lain dalam penyelidikan.








Rabu, 29 Ogos 2018

Mengenali Fungsi Butang dan Bangunan (Batle Hall/Dewan Perang, Kedutaan, Kolozium)




Dewan Perang
Dewan ini sangat penting sekiranya kalian ingin mengadakan perhimpunan menyerang sarang kegelapan dan juga musuh.

Untuk menyerang sarang kegelapan, perhimpunan adalah wajib dan kalian mesti mempunyai dewan perang yang boleh memuatkan tentera rakan sepersatuan untuk menyerangnya.

Kedutaan
Bangunan kedutaan ini pula penting untuk menempatkan  tentera pertahanan dari pasukan rakan sepersatuan yang ingin membantu mempertahankan tapak istana kalian dari serangan musuh.

Pusat Perdagangan
Antara binaan yang penting juga, dengan adanya bangunan ini, kalian boleh membantu rakan kalian yang memerlukan sumber dengan menghantar sumber tersebut kepada mereka. Tanpa pusat perdagangan, kalian tidak boleh menghantar sumber kalian kepada mana2 rakan sepersatuan yang memerlukan sumber tersebut.

Kolozium
Dalam kolozium ini kalian akan berlawan menentang pemain LM yang lain untuk mendapatkan kedudukan terbaik.

Mereka yang mendapat kedudukan 1-4999 akan mendapat sejumlah gem sebagai hadiah. Semakin baik kedudukan kalian dalam colo, semakin banyak gem yang akan kalian dapati. Apa yang kalian perlu lakukan hanya pilih hero yang sesuai dan letakkan di posisi pertahanan. Sekiranya kalian di cabar, hero2 pertahanan ini akan mempertahankan kedudukan kalian dalam colo. seterusnya, petik butang cabaran dan kalian akan di minta untuk memilih hero bagi tujuan mencabar lawan tersebut. Ingat, tiap hero yang kalian miliki, punyai kelebihan masing2. Pilih hero yang sesuai yang menjadi kelemahan hero musuh untuk menentang.
Selamat Berjaya.