Dalam peti harta karun kita boleh simpan gem/permata yang di perolehi dari raksaksa, maintenance gift/hadiah penyelenggaraan, acara neraka/hell event atau pun dari hasil kutipan selepas setiap kali acara kingdom vs kingdom (KvK).
Tempoh simpanan di sini bergantung pada pilian anda sendiri. Untuk pulangan terbanyak, simpanan 30 hari di galakkan.
Jumlah minimum simpanan adalah 10,000 gems. Jumlah maksimum pula adala bergantung kepada tahap peti harta karun dan tahap penyelidikan peti harta karun anda.
Gem/permata ini adalah salah satu sumber yang amat penting dalam permainan Lords Mobile. Untuk memiliki gems adalah teramat susah untuk anda yang bermain secara f2p (free to play). Free to play adalah mereka yang bermain game tanpa mahu mengeluarkan duit poket untuk berbelanja untuk permainan maya.
Oleh itu saya secara peribadi menyarankan anda tidak menggunakan gems untuk benda lain selain dari pembangunan bangunan dan penyelidikan.
Terdapat beberapa bangunan dan penyelidikan yang memerlukan barang yang hanya boleh di beli dengan gems untuk melancarkan pembinaan dan penyelidikan.
Seteleh anda mampu menjana gems melalui peti harta karun dan collosseum. Terpulang pada anda, bagaimana anda ingin belanjakan gems anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan