Butang2 di sini boleh di lihat di sebelah kanan skrin telefon kalian.
Butang Bantuan
Dengan menekan pada butang ini kalian dapat membantu rakan sepersatuan kalian menjalankan pembinaan dan penyelidikan.
![]() |
Syiling Persatuan |
Sebagai balasan kalian akan di berikan sejumlah syiling persatuan. Syiling ini kalian boleh gunakannya di Kedai Persatuan.
Peti Misteri
Peti Misteri ini akan memberikan kalian barangan secara rawak mengikut masa yang di tetapkan. Setiap kali peti ini di buka dan kalian mendapat barangan kalian, masa untuk membukanya akan di tetapkan semula.
Butang Penggalak Tapak Istana
Butang Galakan tapak ini boleh kalian klik untuk melakukan penggalakkan pada ladang, lombong dan kilang yang ada dalam tapak kalian. Di sini juga kalian boleh memasang perisai untuk melindungi tapak kalian dari serangan musuh.
Butang Penggalak Saka
Butang Penggalak Saka ini hanya akan muncul selepas kalian memiliki saka yang mempunyai kemahiran penggalak yang perlu di aktifkan secara manual.
Peta
Ini adalah pemandangan di luar tapak kalian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan