Cari Blog Ini

Sabtu, 25 Ogos 2018

Mengenali Fungsi Butang dan Bangunan (Palang Menu)




Kalian Boleh temui Palang Menu seperti di bawah ini di bahagian bawah skrin telefon kalian.


Butang persatuan adalah tempat di mana kalian boleh lihat maklumat tentang persatuan yang kalian sertai. Seperti contoh di bawah.

Pada tetingkap persatuan ini juga terdapat beberapa lagi butang lain yang perlu kalian kenali. Akan di terangkan di sini.

Butang surat ini amat penting untuk mendapatkan maklumat dari rakan sepersatuan tentang sesuatu yang kalian perlu tahu dan mereka ingin sampaikan. Surat dari ketua persatuan dan R4, WAJIB di BACA kerana mereka ini sering menyampaikan maklumat tentang acara dan peraturan persatuan yang telah di tetapkan. 

Butang pencarian ini di mana kalian boleh melakukan pencarian dan mendapat pulangan yang agak baik berbentuk sumber dan kadang2 bahan untuk membuat kelengkapan hero. Dapat juga di perolehi Syiling persatuan di sini.

Pada butang penetapan kalian boleh menetapkan cara pemberitahuan tentang perkembangan yang sedang berlaku di dalam tapak dan juga sekiranya kalian menerima surat dari sesiapa sahaja, ini termasuk amaran tentang kedatangan musuh ke arah tapak kalian.


Beg, semua orang tahu, dalam beg tempat untuk menyimpan barangan sepanjang perjalanan atau pengembaraan. Lihat dalam beg kalian apa yang ada di situ?(^.^)

Hero/Pahlawan@Wira, di sini tersenarai hero2 yang telah dan belum kalian miliki. Senarai belum di miliki hanya tertakluk pada hero yang kalian boleh miliki secara percuma sahaja ya. 

Senarai Hero yang telah di miliki. Maaf, The Big Guy bukan hero free, tapi beli.
Hero yang belum di miliki.










1 ulasan:

vanderhabel berkata...

El Yucateco - Casinos & Gambling - Mapyro
Find the 안양 출장샵 best Blackjack, Roulette, Slots, Poker and Video Poker 속초 출장샵 online here at Mapyro. All our games are available 강원도 출장샵 in 영천 출장안마 your 계룡 출장안마 browser.