Hospital
Infirmary/Hospital, bangunan ini penting untuk merawat tentera yang tercedera semasa peperangan. Tetapi sekiranya, ruang di dalam hospital kecil dan jumlah tentera adalah ramai, tentera akan mati sekiranya sekiranya di serang atau menyerang. Jadi harus di pastikan, ruang dalam hospital cukup untuk menampung jumlah tentera yang ramai. Untuk menambah jumlah yang mampu di tampung oleh hospital, kalian boleh naikkan tahap hospital, menambah jumlahnya dan juga melakukan penyelidikan berkaitan.
Manor
Manor/Rumah, bangunan ini berkongsi tapak pembinaan dengan hospital dan mempunyai kesan berbeza ke atas tapak kalian. Manor boleh menyingkatkan masa latihan tentera kalian. Semakin banyak dan semakin tinggi tahap manor, semakin pendek masa kalian perlukan untuk melatih tentera. Selain itu, manor juga merupakan bangunan pengeluar emas.
Menara Pemerhati
Watchtower/Menara Pemerhati, binaan ini berfungsi untuk mendapatkan maklumat tentang tentera musuh yang menuju ke arah tapak kalian. Juga maklumat tentang tentera rakan sepasukan yang sedang menuju ke arah tapak kalian. Semakin tinggi tahap menara ini, di tambah pula dengan penyelidikan, semakin banyak pula maklumat yang bakal kalian perolehi.
Tembok Istana
Castle Wall/ Tembok Istana, inilah pertahanan pertama kalian sekiranya di serang. Di tembok ini, kalian boleh meletakkan hero kalian untuk mempertahankan tembok dan menghalang musuh dari memasuki kawasan tapak kalian. Hero yang seeloknya di letak di sini adalah, hero yang mempunyai pertahanan tembok dan perangkap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan