Berek
Barracks/Berek, rasanya semua orang tahu apa fungsi berek. Ya, berek adalah tempat tinggal tentera/troop. Juga tempat untuk melatih tentera kalian.
Terdapat beberapa jenis tentera yang boleh kalian latih berdasarkan keperluan dan tahap istana kalian.
Carta di atas pula adalah carta kelemahan dan kekuatan tentera yang bakal kalian gunakan dalam serangan. Tentera berperisai kuat menentang tentera berpanah tapi lemah menentang tentera berkuda. Tentera berkuda pula, kuat menentang tentera berperisai tapi lemah menentang tentera berpanah. Manakala tentera berpanah kuat menentang tentera berkuda tetapi lemah menentang tentera berperisai.
Akan tetapi, semua tentera tersebut mampu menentang tentera berjentera. Sementara tentera berjentera pula mempunyai kelebihan untuk memecahkan tembok lawan.
Di atas, gambar beberapa jenis tentera yang boleh di latih. Sekiranya kalian sudah punya tentera peringkat ke-3, tentera peringkat pertama harus di kekalkan untuk mengumpul sumber, ini kerana, sering terjadi serangan di tempat mengumpul sumber.
Akan tetapi, semua tentera tersebut mampu menentang tentera berjentera. Sementara tentera berjentera pula mempunyai kelebihan untuk memecahkan tembok lawan.
Selain melatih tentera, kalian juga boleh memecat tentera kalian di berek ini.
Apa yang kalian perlu lakukan, hanya tekan pada butang Dismiss. Kemudian nyatakan jumlah tentera yang kalian ingin pecat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan