Cari Blog Ini

Sabtu, 25 Ogos 2018

Mengenali Fungsi Butang dan Bangunan (Bantuan, Peti Misteri & Peta)





Butang2 di sini boleh di lihat di sebelah kanan skrin telefon kalian.

Butang Bantuan

Dengan menekan pada butang ini kalian dapat membantu rakan sepersatuan kalian menjalankan pembinaan dan penyelidikan. 
Syiling Persatuan
Sebagai balasan kalian akan di berikan sejumlah syiling persatuan. Syiling ini kalian boleh gunakannya di Kedai Persatuan.


Peti Misteri

Peti Misteri ini akan memberikan kalian barangan secara rawak mengikut masa yang di tetapkan. Setiap kali peti ini di buka dan kalian mendapat barangan kalian, masa untuk membukanya akan di tetapkan semula.

Butang Penggalak Tapak Istana
Butang Galakan tapak ini boleh kalian klik untuk melakukan penggalakkan pada ladang, lombong dan kilang yang ada dalam tapak kalian. Di sini juga kalian boleh memasang perisai untuk melindungi tapak kalian dari serangan musuh.


Butang Penggalak Saka


Butang Penggalak Saka ini hanya akan muncul selepas kalian memiliki saka yang mempunyai kemahiran penggalak yang perlu di aktifkan secara manual.

Peta

Butang Peta ini anda boleh jumpa di sudut bawah sebelah kiri skrin telefon kalian. Bila kalian menekan butang ini, kalian akan di bawa keluar dari tapak kalian.


Ini adalah pemandangan di luar tapak kalian.


Jumaat, 24 Ogos 2018

Mengenali Fungsi Butang dan Bangunan (Palang Sumber)





Palang Sumber

Kalian akan temui butang ini di bahagian sudut atas kanan skrin telefon kalian. Di sini di nyatakan jumlah sumber yang ada dalam gudang simpanan kalian.
Harus di ingat storage/ruang simpanan(gudang) dengan voult/bilik kebal adalah 2 benda berbeza. Jumlah simpanan juga berbeza. Jumlah simpanan bilik kebal kalian berpandukan kepada penyelidikan dan tahap bilik kebal yang kalian miliki.
Manakala jumlah simpanan di gudang kalian adalah berdasarkan pada jumlah ladang, kilang dan lombong serta tahap setiap bangunan tersebut di dalam tapak kalian.

Di sini ingin saya tekankan bahawa, simpanan di dalam gudang boleh di rompak oleh musuh sekiranya kalian di serang. Sering terjadi, musuh menyerang di sebabkan seseorang itu mempunyai sumber yang terlampau banyak.

Sumber bukan hanya boleh di miliki dari ladang, kilang dan lombong dalam tapak kalian, ianya juga boleh kalian cari di luar tapak. Tapi harus di ingat, bila mencari sumber di luar tapak, pastikan tapak sumber yang di kutip bersih dengan memeriksa laporan yang di perolehi.




Mengenali Fungsi Butang dan Bangunan (Leader 2)




Sebelum ini, kita kenal dengan leader dan butang yang ada pada tetingkap leader. Sekarang mari kita lihat fungsi sebenar butang-butang tersebut.

Talent/Bakat

Di bawah ialah senarai bakat yang kalian miliki.


*Bakat yang telah di penuhkan dengan mata bakat sekadar contoh.
Setiap kali tahap kalian meningkat, kalian akan dapat sejumlah mata bakat untuk di penuhkan pada bakat yang kalian inginkan. Untuk urusan harian dalam Lords Mobile, kalian di sarankan untuk memenuhkan mata bakat di sebelah kanan. Untuk event tertentu atau kalian ingin memulakan serangan pada musuh, mata bakat di sebelah kiri lebih sesuai di gunakan.

Turf/Tapak

Semua maklumat tentang tapak kalian dapat di liat di sini kalau kalian klik pada butang tersebut.

Leader Changer/Penukaran Ketua

Pada butang ini, kalian boleh menukar ketua bergantung pada keperluan kalian untuk tapak kalian. Setiap hero dalam Lords Mobile mempunyai kelebihan mereka tersendiri. Jadi amat penting untuk kalian menaikkan tahap semua hero anda sama rata. Ini kerana kalian tidak tahu bila kalian akan perlukan hero yang mana untuk menjadi ketua atau tugasan di luar.

Amry Lineup/Barisan tentera

*butang ini hanya akan di miliki setelah istana kalian berada pada tahap 22 ke atas dan penyelidikan di lakukan.
Terdapat beberapa pilihan barisan tentera yang boleh kalian pilih (setelah dilakukan penyelidikan). Berdasarkan pilihan barisan tentera ini, kalian boleh mempertingkatkan mana2 tentera yang berada di barisan utama, barisan kedua dan seterusnya berdasarkan kemahuan kalian.









Mengenali Fungsi Butang dan Bangunan (Leader 1)



Sebelum memulakan perjalanan yang amat sukar dan jauh di alam Lords Mobile, kalian perlu mengenali beberapa fungsi butang dan bangunan yang bakal kalian bina.


Ini butang Leader atau Ketua. Ketua boleh di pilih dari mana-mana hero yang kalian miliki.

Kekuasaan kalian akan meningkat dengan cara kalian melakukan pembinaan, penyelidikan, melatih askar dan beberapa aktiviti lain.

Gems/Permata, gems pertama akan kalian miliki dengan menghubungkan akaun Lords Mobile kalian dengan e-mail atau facebook. Jangan gelojoh menggunakan gems, kerana kalian pasti menyesal nanti.

Stamina(Sta)/Daya Tahan adalah kekuatan yang anda miliki untuk memukul atau membunuh raksaksa. Stamina boleh di pertingkatkan dengan melakukan penyelidikan raksaksa. (akan di bincangkan dalam bahagian lain)

VIP, rasanya semua orang tahu apa itu tarif VIP. Untuk mendapatkan mata ganjaran VIP, kalian perlu mendaftar masuk Lords Mobile setiap hari. terdapat ganjaran tertentu bila kalian mencapai tahap VIP tertentu. Cuma tekan pada butang VIP dan kalian akan ketahui maklumat lanjut tentangnya.

Sekiranya kalian klik pada icon leader, kalian akan di bawa ke tetingkap baru seperti gambar di bawah ini.


*harap maaf gambar leader di sini dan di gambar atas berbeza atas sebab tertentu.

Pada tetingkap baru ini, kalian dapat melihat beberapa lagi butang dengan pelbagai fungsi pada sebelah kiri kalian dan pada sebelah kanan, kalian dapat lihat kelengkapan yang kalian boleh lengkapkan pada leader kalian. 


Ini adalah fungsi butang di sebelah kiri.