Cari Blog Ini

Jumaat, 24 Ogos 2018

Mengenali Fungsi Butang dan Bangunan (Palang Sumber)





Palang Sumber

Kalian akan temui butang ini di bahagian sudut atas kanan skrin telefon kalian. Di sini di nyatakan jumlah sumber yang ada dalam gudang simpanan kalian.
Harus di ingat storage/ruang simpanan(gudang) dengan voult/bilik kebal adalah 2 benda berbeza. Jumlah simpanan juga berbeza. Jumlah simpanan bilik kebal kalian berpandukan kepada penyelidikan dan tahap bilik kebal yang kalian miliki.
Manakala jumlah simpanan di gudang kalian adalah berdasarkan pada jumlah ladang, kilang dan lombong serta tahap setiap bangunan tersebut di dalam tapak kalian.

Di sini ingin saya tekankan bahawa, simpanan di dalam gudang boleh di rompak oleh musuh sekiranya kalian di serang. Sering terjadi, musuh menyerang di sebabkan seseorang itu mempunyai sumber yang terlampau banyak.

Sumber bukan hanya boleh di miliki dari ladang, kilang dan lombong dalam tapak kalian, ianya juga boleh kalian cari di luar tapak. Tapi harus di ingat, bila mencari sumber di luar tapak, pastikan tapak sumber yang di kutip bersih dengan memeriksa laporan yang di perolehi.




Tiada ulasan: