Cari Blog Ini

Isnin, 27 Ogos 2018

Mengenali Fungsi Butang dan Bangunan (Bengkel)



Bengkel
Di bengkel ini semua kelengkapan leader bakal di tempa untuk kegunaan leader mengikut keadaan yang perlu.

Di sini kalian boleh memilih untuk untuk menempa kelengkapan tersebut dengan cara yang kalian mahu. 
Dengan menekan butang all equipment/semua kelengkapan satu tetingkap seperti di bawah akan muncul.

Apa yang kalian perlu lakukan, mula2 pilih jenis kelengkapan yang mahu kalian tempa. kemudian pastikan kotak berlabel tapis mengikut kegunaan tahap. Akhirnya pilihlah jenis kelengkapan yang kalian perlukan untuk kegunaan kalian.
Sekiranya kalian memilih butang event equipment/kelengkapan acara, satu senarai seperti dibawah akan muncul.


Sekiranya kalian ingin membuat kelengkapan berdasarkan jenis kelengkapan di atas, kalian perlu membunuh sejumlah raksaksa yang di perlukan untuk kelengkapan tersebut. Di bawah ialah senarai raksaksa dan hero yang di perlukan untuk membunuhnya.

Cabinet/Ruang simpanan, adalah di mana kalian boleh melihat semula kelengkapan yang kalian miliki juga kalian boleh melihat batu permata yang kalian boleh sematkan pada kelengkapan leader untuk memperkukuhkan kelengkapan tersebut.


Ini adalah contoh batu permata yang boleh di sematkan pada kelengkapan hero.
Untuk menyematkan permata ini adalah dengan memilih kelengkapan dan permata yang bersesuaian dengan keperluan kalian. Kelengkapan untuk tentera berperisai perlukan permata untuk tentera berperisai. Begitulah seterusnya.
Cara untuk menyematkannya pula adalah dengan memilih kelengkapan. Contohnya seperti di bawah.









Mengenali Fungsi Butang dan Bangunan (Sumber dan Arena Hero)



Sumber


Ini adalah sumber yang ada dalam tapak kalian. Bilangan sumber ini bergantung kepada kalian sendiri untuk membina sebanyak mana.
Pada pendapat peribadi saya, membina ladang sama banyaknya dengan sumber yang lain adalah sia2 ini kerana, setelah kalian mempunyai jumlah tentera yang banyak, jumlah itu tak mampu menampung keperluan tentera kalian. Melainkan kalian menjadikan akaun kalian sebagai pengeluar makanan yang aktif. Bererti, kesemua tapak sumber dalam tapak istana kalian harus di bina ladang, cuma ada 1 saja tapak untuk sumber yang lain.
Selain itu, sumber juga boleh di cari di luar tapak istana kalian.






Dengan mencari sumber di luar tapak istana, kalian boleh mendapatkan beberapa barangan yang kalian perlukan untuk membuat kelengkapan leader.


Arena Hero
Tugu arena hero ini,  membolehkan kalian melatih hero2 yang kalian miliki untuk mencapai tahap tertinggi, iaitu tahap 60. Dengan menjalani latihan di sini kalian boleh mendapatkan exp untuk menaikkan tahap hero dan juga tahap permainan kalian.
Setiap perlawanan yang di jalankan di tahap elit akan di hadiahkan satu medal. Jenis medal adalah bergantung pada siapa ketua di tempat perlawanan tersebut. Sekiranya kalian memenangi perlawanan tersebut dengan mendapat 3 bintang, kalian boleh berlawan di tempat itu lagi secara auto tanpa perlu mengulangi perlawanan.
Contoh seperti gambar di bawah ini.


Bos di sini adalah Rose Knight, kalian akan mendapat medal untuk Rose Knight dan juga barangan lain untuk menaikkan tahap hero. Barangan untuk menaikkan tahap hero tidak hanya untuk Rose Knight, tapi juga untuk hero2 lain yang kalian miliki.
Sekiranya kalian menggunakan butang sweep/sapu, kalian akan di gantikan dengan makanan exp untuk menaikkan tahap hero kalian

Inilah makanan yang akan kalian perolehi untuk di berikan kepada hero untuk menaikkan tahap hero kalian.









Ahad, 26 Ogos 2018

Mengenali Fungsi Butang dan Bangunan (Hospital, Manor, Menara Pemerhati & Tembok)




Hospital
Infirmary/Hospital, bangunan ini penting untuk merawat tentera yang tercedera semasa peperangan. Tetapi sekiranya, ruang di dalam hospital kecil dan jumlah tentera adalah ramai, tentera akan mati sekiranya sekiranya di serang atau menyerang. Jadi harus di pastikan, ruang dalam hospital cukup untuk menampung jumlah tentera yang ramai. Untuk menambah jumlah yang mampu di tampung oleh hospital, kalian boleh naikkan tahap hospital, menambah jumlahnya dan juga melakukan penyelidikan berkaitan.

Manor
Manor/Rumah, bangunan ini berkongsi tapak pembinaan dengan hospital dan mempunyai kesan berbeza ke atas tapak kalian. Manor boleh menyingkatkan masa latihan tentera kalian. Semakin banyak dan semakin tinggi tahap manor, semakin pendek masa kalian perlukan untuk melatih tentera. Selain itu, manor juga merupakan bangunan pengeluar emas.

Menara Pemerhati

Watchtower/Menara Pemerhati, binaan ini berfungsi untuk mendapatkan maklumat tentang tentera musuh yang menuju ke arah tapak kalian. Juga maklumat tentang tentera  rakan sepasukan yang sedang menuju ke arah tapak kalian. Semakin tinggi tahap menara ini, di tambah pula dengan penyelidikan, semakin banyak pula maklumat yang bakal kalian perolehi. 

Tembok Istana
Castle Wall/ Tembok Istana, inilah pertahanan pertama kalian sekiranya di serang. Di tembok ini, kalian boleh meletakkan hero kalian untuk mempertahankan tembok dan menghalang musuh dari memasuki kawasan tapak kalian. Hero yang seeloknya di letak di sini adalah, hero yang mempunyai pertahanan tembok dan perangkap.





Mengenali Fungsi Butang dan Bangunan (Berek)




Berek
Barracks/Berek, rasanya semua orang tahu apa fungsi berek. Ya, berek adalah tempat tinggal tentera/troop. Juga tempat untuk melatih tentera kalian.
Terdapat beberapa jenis tentera yang boleh kalian latih berdasarkan keperluan dan tahap istana kalian.


Di atas, gambar beberapa jenis tentera yang boleh di latih. Sekiranya kalian sudah punya tentera peringkat ke-3, tentera peringkat pertama harus di kekalkan untuk mengumpul sumber, ini kerana, sering terjadi serangan di tempat mengumpul sumber.


Carta di atas pula adalah carta kelemahan dan kekuatan tentera yang bakal kalian gunakan dalam serangan. Tentera berperisai kuat menentang tentera berpanah tapi lemah menentang tentera berkuda. Tentera berkuda pula, kuat menentang tentera berperisai tapi lemah menentang tentera berpanah. Manakala tentera berpanah kuat menentang tentera berkuda tetapi lemah menentang tentera berperisai.
Akan tetapi, semua tentera tersebut mampu menentang tentera berjentera. Sementara tentera berjentera pula mempunyai kelebihan untuk memecahkan tembok lawan.
Selain melatih tentera, kalian juga boleh memecat tentera kalian di berek ini.


Apa yang kalian perlu lakukan, hanya tekan pada butang Dismiss. Kemudian nyatakan jumlah tentera yang kalian ingin pecat.