Bengkel
Di bengkel ini semua kelengkapan leader bakal di tempa untuk kegunaan leader mengikut keadaan yang perlu.
Di sini kalian boleh memilih untuk untuk menempa kelengkapan tersebut dengan cara yang kalian mahu.
Dengan menekan butang all equipment/semua kelengkapan satu tetingkap seperti di bawah akan muncul.
Apa yang kalian perlu lakukan, mula2 pilih jenis kelengkapan yang mahu kalian tempa. kemudian pastikan kotak berlabel tapis mengikut kegunaan tahap. Akhirnya pilihlah jenis kelengkapan yang kalian perlukan untuk kegunaan kalian.
Sekiranya kalian memilih butang event equipment/kelengkapan acara, satu senarai seperti dibawah akan muncul.
Sekiranya kalian ingin membuat kelengkapan berdasarkan jenis kelengkapan di atas, kalian perlu membunuh sejumlah raksaksa yang di perlukan untuk kelengkapan tersebut. Di bawah ialah senarai raksaksa dan hero yang di perlukan untuk membunuhnya.
Cabinet/Ruang simpanan, adalah di mana kalian boleh melihat semula kelengkapan yang kalian miliki juga kalian boleh melihat batu permata yang kalian boleh sematkan pada kelengkapan leader untuk memperkukuhkan kelengkapan tersebut.
Ini adalah contoh batu permata yang boleh di sematkan pada kelengkapan hero.
Untuk menyematkan permata ini adalah dengan memilih kelengkapan dan permata yang bersesuaian dengan keperluan kalian. Kelengkapan untuk tentera berperisai perlukan permata untuk tentera berperisai. Begitulah seterusnya.
Cara untuk menyematkannya pula adalah dengan memilih kelengkapan. Contohnya seperti di bawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan