Tapak Istana
Inilah gambar turf/tapak istana kalian dari luar (bila tahap kalian tinggi ini lah rupa dia).
Istana
Castle/Istana akan menentukan tahap kenaikan tahap bangunan lain dalam tapak kalian. Di dalam istana juga kalian dapat lihat berbagai maklumat tentang pengeluaran, tentera dan ketahanan tembok kalian.
Ini adalah maklumat yang bakal kalian perolehi.
Tempat Perlindungan
Shelter atau tempat perlindungan adalah amat berguna bila kalian tidak mempunyai perisai untuk melindungi tapak kalian dari serangan musuh. Tempoh maksimum untuk kalian menyimpan tentera di sini adalah selama 12 jam. Bak kata Leader HBM "Biar hilang sumber dan leader jangan mati troop/askar"
Bilik Kebal
Voult/Bilik Kebal ialah satu2nya tempat simpanan sumber yang selamat dari serangan musuh. Semakin tinggi tahap bilik kebal, semakin banyak sumber boleh di simpan dengan selamat.
Di bawah ialah gambar 2 bilik kebal pada tahap yang berbeza dan jumlah simpanan yang berbeza. Perhatikan, terdapat satu lagi perbezaan yang kalian boleh lihat di situ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan